Contributors

Wednesday 6 May 2009

TAK MINAT


 

TAK MINAT (Aku tak minat la benda-benda macam ni… )

Ini pula merupakan satu alasan yang sering kita jumpa. TAK MINAT….. « Saya tak minat la benda-benda macam ni….. » Dia ingat apa ke.. ? Bukan soal jual-menjual, atau jual sabun. Tetapi soal WANG, bagi saya kalau soal wang saya
tak berani untuk berkata TIDAK MINAT. Saya rasa kalau soal wang tidak ada orang di dunia ini yang tidak minat, kecuali seseorang yang kurang siuman. Tetapi yang RAMAI orang TAK MINAT ialah bekerja untuk mendapatkan wang, kalau itu memang ada betulnya. Sudah menjadi hukum alam ini iaitu mesti BEKERJA dahulu baru dapat WANG, bukannya wang dahulu baru kerja.

Disebabkan kerja dahulu baru wang maka ramai orang TERPAKSA bekerja untuk mendapatkan wang. Bukannya MINAT bekerja tetapi TERPAKSA kerana untuk mendapatkan wang. Kalau nak dikira minat, saya juga tak minat MLM, lecehlah, kena pergi mesyuarat, kena menaja, kena buat demo kena pergi kursus dan sebagainya. Tetapi kalau difikirkan tentang pulangan wangnya yang banyak sehingga boleh ketahap jutawan maka saya PAKSA diri saya untuk menjalankannya semata-mata untuk memenuhi impian saya yang besar. Jadi saya menjalankan MLM CNI ini kerana TERPAKSA bukannya kerana MINAT. Kalau nak dikirakan soal minat… saya memang sama sekali TAK MINAT bekerja, apa yang saya minat ialah bermalas-malasan, berfoya-foya sambil “bershoping” atau membeli belah, pergi memancing hujung minggu, main golf atau bermain bola di padang diwaktu maghrib, tidur sepanjang hari, melancung luar negara dan banyak lagi.

Bagi saya MINAT adalah sesuatu perkara yang kita boleh lakukan secara sukarela yang bersesuaian dengan nafsu atau keinginan kita tanpa mengharap bayaran atau balasan, contohnya seperti pergi memancing, bersukan atau macam-macam lagi tanpa mendapat apa-apa bayaran pun kita sanggup menghabiskan masa untuknya. Saya rasa anda yang bekerja diluar sanapun sememangnya TAK MINAT bekerja kan…, tetapi semata-mata kerana gaji maka anda juga terpaksa bekerja. Cuba majikan anda tidak membayar gaji, berapa ramai yang sanggup bekerja hanya disebabkan kerana minat…? Satu orang pun tidak ada…. Tapi kalau yang MINAT memancing maka anda sanggup pergi jauh-jauh menghabiskan cuti anda untuk memancing untuk memuaskan nafsu anda, bukan kerana ingin mendapat ikan tetapi ingin menunaikan hobi anda.. Itulah minat… Walaupun tidak mendapat ikan besar atau hasil yang setimpal anda tetap pergi dan enjoy memancing.

No comments:

Post a Comment